Bertemu kembali kita di laman ini.
Hari ini saya merayau sekitar penghujung jalan Sempadan. Alhamdulillah jalanya dah besar sampai ke penghujung. Kanan kiri jalan pun banyak dah rumah-rumah batu reka bentuk moden, ada juga rumah fesyen dulu-dulu. Sampai di penghujung Jalan Sempadan berhenti sejenak dan saya menghabiskan masa kira-kira satu jam memerhatikan sebuah limbungan kapal bernama NGV Tech. Bertuah sungguh penduduk Kg Sijangkang sekarang. Dengan adanya limbungan ini saya terfikir juga berapa banyak penduduk Kg yang berpeluang bekerja di limbungan ini. Syukur alhamdulillah ada juga maknusia yang mempunyai kepercayaan untuk membenanya di bumi Sijangkang. Agaknya ada tak orang Sijangkang yang bersyukur menadah tangan ke hadrat Illahi mensyukuri nikmat yang tuhan beri ini. Moga-moga ada.
Saya juga kagum dengan inisiatif dan komitmen yang diberikan oleh tuan punya syarikat NGV Tech kerana tidak pernak merasa serik untuk membangunkan limbungan yang begitu megah dan yang saya cukup bangga ialah katanya dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera melayu kita. Dan maklumat yang saya perolehi dipunyai oleh Dato Zulkefli. Syabas dan tahniah. Dengarnya dulu ketika membangunkan limbungan ini banyak rintangan yang terpaksa beliau hadapi terutamanya bantahan dari masyarakat kampong yang mengadu rumah mereka rosak dan retak dek lalu lalang lori-lori tanah merah dan pasir yang membawa bahan binaan guna membangunkan limbungan ini. tetapi sewaktu saya melalui sepanjang Jalan Sempadan ini tidak pulak terserempak dengan rumah yang roboh atau rosak. Wallahu alam bissawab....Tetapi itu persepsi masyarakat kampong. Tapi syukur alhamdulillah bila limbungan telah siap dibena sepenuhnya dan ada dikalangan mereka ini pula yang bekerja diNGV Tech ini maka kesedaran mula timbul di minda mereka. Eloklah tu.
Oh ye setelah hampir satu jam saya memerhati dan berangan-angan di depan pintu NGV Tech saya tertoleh pula ke sebelah kirinya. Rupa-rupanya ada lagi sebuah limbungan yang kecil sedikit daripada NGV Tech. Dengarnya dibena untuk kerja-kerja membaik pulih kapal-kapal dan bot-bot kecil. Rahmat betulah bumi Sijangkang kita. Tak perlulah pergi jauh-jauh kat sini dah ada dua gedung mencari rezeki buat rakyat Sijangkang.Anehnya bila pulak limbungan ini dibena. Tiba-tiba muncul pulak.Sehinggakan penduduk Sijangkang yang dulu selalu melatah dan mengamuk bila NGV Tech nak dibena tak sempat nak tunjuk lagi tup-tup dah terbena. Pulak tu tokeynya orang cina pulak....... Tak apalah biarlah Dato Zul yang merasa pahitnya dan tokey cina ni pula merasa nikmatnya...Minta minta selepas ini jangan lah ada lagi penduduk kg Sijangkang yang tunjuk perasaan kerana pembangunan itu perlu,dan untuk membangun perlulah ada sedikit pengorbanan. Bukan untuk sesiapa tetapi untuk anak cucu kita mencari rezeki.
Selepas lima belas minit saya termenung saya pun mengambil keputusan uuntuk pulang kerumah sebab dah hampir tengah hari. Bila sampai di Jambatan yang ada teringin pulak saya merayau ke kawasan kunci air yang mana dulu-dulu sewaktu saya kecil selalu memancing ikan duri(keting). Alhamdulillah masih seperti dulu lagi.Cuma disitu sudah ada terbinanya sebuah kafe makan dan dengarnya dibuka waktu malam dan menjual berbagai varieti makanan segera atau masak. Ooooop ada karaoke pulak tu.....Canggih,canggih Sijangkangni tak payah pergi jauh-jauh dah boleh berkaraoke. Siapa-siapa yang boring duduk kat rumah bolehlah berkunjung kesini untuk merehatkan badan sambil berkaraoke. nak nyanyi pun boleh. Okeylah setelah setengah jam saya pun mengambil keputusan untuk pulang juga melalui Jalan Sempadan sebab nak cepat sampai rumah. Insyallah lain kali saya akan sambung dan saya akan menyusuri Jalan-jalan yang lain pula.
Terima kasih banyak kepada sesiapa yang sudi membacanya. Bukan apa-apa cuma catatan harian saya di Kampong yang telah membesarkan saya.
No comments:
Post a Comment