Assalamualaikum wbr.
Selamat bertemu semula dan salam sejahtera.21 hb Oktober 2012
Hari ini saya meronda lagi sekitar Kg Sijangkang dan laluan yang saya ikuti ialah Jalan Sempadan masuk ke Jalan Pusara Kanan dan terus keluar ke Batu Lapan. Kebetulan saya mulakan perjalanan saya jam 2.30 petang. Sepanjang perjalanan melalui Jalan Sempadan tak perlulah saya gambarkan kerana telah saya kupas di lembaran yang lalu. Masuk sahaja melalui Jalan Pusara Kanan tersergam indah pencawang talian telefon mudah alih. Baguslah sebab ianya didirikan untuk memenuhi keperluan seluruh warga Kg Sijangkang agar dapat menggunakan telefon mudah alih dengan tanpa gangguan. Juga bertuah sungguh tuan punya tanah yang mmenerima bayaran sewaan untuk pencawang tersebut. Mungkin sekitar 2k atau pun lebih.Tu yang saya katakan Sijangkang dah canggih seiring dengan kemajuan Malaysia dan harap-harap warga Sijangkang juga akan turut maju dari segala aspek.
Keluar daripada Jalan Pusara Kanan tersentuh pula hati saya melihat pusara Kg Sijangkang masih ada disitu. Aman dan damai rasanya bila melaluinya. Cuma terfikir pulak oleh saya dari dulu sampai sekarang sama saja. Cuma yang berbeza ialah ada paip air dan ada pondok mudah alih guna untuk kemudahan ketika ada kematian. Ye lah apa salahnya didirikan pintu berpagar yang elok sikit dan perbetulkanlah semula pagar-pagar yang dah runtuh. Cuma apa saya berpandangan begitu supaya orang ramai yang melaluinya tidaklah merasa takut atau gerun. Jadikan ianya seperti taman supaya seluruh warga Sijangkang akan selalu datang dan membersihkan kubur-kubur saudara-mara nya. Dengarnya duit wakaf di masjid banyak jadi bolehlah digunakan sikit untuk itu. Jadi sekiranya kawasan perkuburan itu dah jadi cantik dan bersih maka semakin ramailah warga Sijangkang yang datang untuk menjenguk dan menziarahi kubur saudara mara.Dan roh-roh mereka yang disemadikan disitu akan mendapat ganjaranya. Sementelaah juga para dermawan yang banyak menyumbang kedalam tabung masjid akan juga turut mendapat ganjaran dan faedahnya.
Setelah hampir lima belas minit saya berhenti disimpang Jalan Pusara Kanan saya meneruskan perjalanan untuk keluar ke Batu Lapan. Tup,tup,tup hujan , lebat pulak tu..........jadi terpaksalah membawa kereta saya dengan perlahan-lahan. Sepanjang perjalanan tersebut saya menoleh kekiri dan kanan jalan utama Kg Sijangkang. Wah banyaknya rumah-rumah baru ye. Bermacam-macam fesyen dan reka bentuk.Melihat dari gaya rumah-rumah tersebut memanglah boleh saya tafsirkan rakyat Sijangkang memang kaya-kaya. Memanglah kemakmuran Malaysia ketika ini banyak menyumbang kepada keharmonian kaum dan juga menarik minat pelabur-pelabur melabur di Malaysia khususnya di Selangor. Dengan pelaburan yang melimpah ruah tak secara langsung warga Sijangkang mempunyai wadah untuk mencari rezeki. Dengarnya ramai yang berjawatan tinggi dan tak kurang pula yang menjadi kontraktor . Syabas-syabas. Makmur bumi Sijangkang.
Punyalah lama hujan petang tadi , dan saya rasa dalam dua jam hujan lebat.....terfikir pulak saya kalau hujan macam ini setiap hari Kg Sijangkang akan banjir . Terbayang saya pada para penduduk sekitar Jalan Sempadan sebelah depan. Dah banjir ke! Sebab dikawasan itu adalah kawasan yang agak rendah dan sering banjir kilat. Lebih-lebih lagi apabila estet Hong Aik dah diratakan untuk dijadikan kawasan perumahan moden. Mudah-mudahan tak banjir lagi. Kg Sijangkang pernah banjir besar sekitar tahun 1969-1970, waktu tu saya masih kanak-kanak jer. Seronok main air kan.....
Jalan-punya jalan dah sampai ke Batu lapan dan saya berhenti sejenak di stesyen minyak MOBIL. Tau tak sini dulu ada sebuah rumah kayu dan sewaktu saya nak kesekolah di Klang saya akan meletakkan basikal saya dirumah itulah. Kena bayar lima sen untuk sehari letak. Kat basikal kita tu diletakkan nombor ikat dengan getah gelang dan salinan no tu kita simpan guna untuk nak ambil balik lepas sekolah.. Manalah agaknya pak cik yang punya rumah tu ye. Mungkin dah jadi arwah......Tunggu bas nak pegi sekolah di Klang punyalah lama . Bas pulak tu setengah jam satu. kalau dah terlepas memanglah sampai sekolah dah masa pelajaran yang kedua. ...........Ha ha ha asyik kena public canning jer oleh cik gu disiplin.. Itu dulu-dulu tapi sekarang bas dah sepuluh minit satu lalu kat batu lapan. Bertuahnya budak-budak sekolah sekarangni.
Ok lah dah pukul enam dan hujan pun dah agak reda bial-bila nanti saya akan catatkan lagi pengembaraan saya sekitar Kg Sijangkang. jangan marah kalau ada yang terkilan dengan nukilan saya sebab ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Sekian terima kasih moga ketemu dilain lembaran.